Semua pemegang akaun MAYBANK
September 4, 2007 | By tarmizi In Umum |
Kali ini saya menulis perkara yang tidak berkaitan mengenai CCTV Security, tetapi saya ingin bercerita mengenai sindiket penipuan sms, tentu anda tertanya-tanya kenapa saya menyentuh isu ini? ini adalah kerana saya terlalu geram di sebabkan perkara ini terjadi kepada sedara saya yang berada di kampung.
Baru je ia terjadi pagi tadi, saya mendapat tahu hal ini setelah mendapat sms dari emak saya meminta untuk saya telefon segera kerana ada hal yang penting. Oklah pendekkan cerita, sebenarnya ia terjadi kepada salah seorang sepupu perempuan saya, pagi tadi dia mendapat sms dari nombor yang tidak di kenali. SMS nyer begini:
“+002349679797. tahniah anda telah memenangi wang tunai sebanyak RM20000 dan akan di masukkan ke dalam akaun bank anda, sila balas sms ini untuk menuntut wang hadiah anda”
Apa lagi si sepupu saya yang umur tak sampai 20 an melonjak gemira sbb dah menang hadiah yang banyak, dan tanpa sedar sebenarnya dia telah di tipu, lantas dia membalas sms tersebut, dan bermula episod yang membuatkan saya betul2 geram..dan sindiket penipuan sms tersebut. Kronologi sindiket sms:
• Terima sms pertama untuk menuntut hadiah.
• Sms di balas oleh sepupu saya bertanya bagaimana untuk menuntut hadiah tersebut
• dapat panggilan dari sindiket penipuan sms, bertanya kepada sepupu saya adakah ia mempunyai akaun bank untuk pemindahan wang hadiah.
• Sepupu saya memberitahu yang dia tidak mempunyai akaun bank, dan sindiket tersebut meminta untuk meminjam mana2 akaun maybank ataupun cimb bank dari sedara mara. dengan syarat mempunyai kad ATM.
• Lantas si sepupu saya meminjam kad ATM ayah saya dengan memintanya dari emak saya dan menjelaskan pada emak saya yang dia telah memenangi hadiah dari CELCOM sebanyak RM 20 ribu (* inilah part yang saya paling geram kerana yang menjadi mangsa ialah akaun maybank AYAH saya.)
• Dan taktik sindiket yang di gunakan ialah memberitahu bahawa wang hadiah tersebut hanya boleh di tuntut dalam masa setengah jam sahaja.
• Lantas sedara saya bergegas ke maybank dengan membawa kad atm ayah saya…(*aduh geramnyer…………..).
• Sampai di bank, sindiket tersebut telah menghubungi sepupu saya untuk mengikut arahan yang di berikan oleh sindiket tersebut.
• Apa yang di beritahu oleh sepupu saya, sindiket tersebut menyuruh sepupu saya untuk mendaftar maybank2u, memasukkan no telefon, dan memasukkan tac number. (*ini lah bahana bila tidak tahu apa2 mengenai hal2 dan isu berlaku)
• Dan ingin saya jelaskan, sepupu saya tidak mengetahui apa2 mengenai maybank2u dan juga khidmat yang di berikan oleh khidmat maybank ATM…hanya tahu untuk menyemak baik akaun dan juga mengeluarkan duit dari mesin ATM.
• Selepas beberapa ketika sindiket tersebut menyuruh sepupu saya untuk menyemak baki akaun, dan sepupu saya terkejut yang baki hanya tinggal RM1, dan memberitahu sindiket penipuan tersebut, dan alasan yang di berikan sindiket tersebut..menyuruh sepupu saya memasukkan wang tambahan Rm1000 untuk menuntut hadiah yang di menenangi.
• Dan SAAT inilah baru sepupu saya tersedar yang sebenarnya ia telah di tipu oleh sindiket penipuan sms. Yer lah bila dah sindiket minta wang tambahan sebanyak Rm1000, mana nak cari duit sebanyak tu…kalau masih tak bekerja.
• Dan lepas tu sepupu saya balik rumah..bagitau family yang dia sebenarnya telah ditipu
Kerugian yang telah di alami oleh ayah saya ialah RM570, yang memang ia nampak sedikit, tetapi itulah…..nasib baik saya belum lagi transfer duit kat ayah saya hari ini, dan nasib juga baik kerana beberapa bulan yang lepas ayah saya telah mengeluarkan duit dari akaun sebanyak RM 11 ribu.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, sekiranya anda mempunyai saudara mari di kampung, yang betul2 berada di kampung dan tidak tahu apa2 tentang isu2 sindiket penipuan, beritahu lah mereka tentang sindiket penipuan sms ini dan bagaimanakah mereka mengambil duit dari akaun anda…jangan biarkan rakan2 dan juga saudara mara anda di kampung menjadi MANGSA sindiket PENIPUAN SMS…
apa yang saya boleh simpulkan di sini, memang terlalu mudah orang2 kampung yang tidak tahu mengenai perkembangan semasa dan begitu mudah di tipu, cuba anda bayangkan orang kampung bila ada orang telefon ckp dapat hadiah sebanyak RM 20 ribu atau 50 ribu…saper yang tak exicited kan?..
so ayuhlah rakan2 ku semua sebarkan berita ini dan sampaikan kepada saudara mara di kampung supaya jangan terkena dengan sindiket penipuan ini, kalau sebelum ini saya hanya membaca berita mengenai sindiket penipuan sms ini…dan rasa alangkah bodohnya orang yang kena tu, tapi bila dah saudara saya sendiri yang kena…baru lah saya tahu, “sebenarnya tidak ramai orang yang sedar dan tahu mengenai sindiket penipuan ini”…..janglah biarkan saudara mara anda kena dengan sindiket ini….sebar2 kanlah berita ini, dan anda boleh copy tulisan ini dengan meletakkan link asal saya
Satu lagi sebelum terlupa, sebenarnya saya cukup marah kepada sepupu saya tersebut, kerana begitu mudah dia di tipu…dan yang membuatkan saya marah..ialah dia call saya bila benda nih dah terjadi..dan tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini….saya tanya kepada dia naper tak call saya sebelum benda ni berlaku, dan kenapa tak tanya saya dulu… di sini saya bukannya nak beritahu yang saya tahu segala2nya mengenai perkembangan semasa…tetapi…janganlah dah terjadi baru nak beritahu saya….sekarang nih sedih,….bercampur marah dan GERAM..tapi saya masih lagi cool..(heheheheh)…saya pun suruh la spupu saya gi buat report polis dan sambil2 tu saya call maybank tanya berkenaan cara untuk menyelesaikan masalah ini
Ok di sini saya ingin memberitahu macam mana nak buat setelah anda atau sedara mara anda terkena dengan sindiket penipuan sms ini:
• cepat2 pergi buat report polis.
• pergi maybank serahkan bukti report polis dan beritahu anda telah terkena tipu dengan sindiket sms.
• Bank akan membatalkan kad ATM anda dan dengan automatik maybank2u anda pun akan di batalkan.
• Akaun anda masih lagi boleh di gunakan tapi kena buat kad ATM baru.
• Dan langkah2 di atas2 adalah amat penting kerana sekiranya akaun tersebut di gunakan untuk menerima wang pencen…nanti tiap2 bulan duit anda lesap..kalau anda tak report perkara ini.
BACA ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN:
No related posts
8 Comments so far
[…] Nak dapatkan rm15,000? Kisahnya banyak dah terpapar dan anda taip sahaja keyword : Tahniah somkad an… […]
penipuan semakin canggih…dan kaki putar alam, kaki pusing, kaki belit pun dah makin maju…hati2 lah…
•
hafiza on November 16th, 2007
memang bahaya sindiket penipuan seperti ni dan ianya dilihat semakin berleluasa sekarang. diharapkan lebih ramai yang akan lebih alert tentang permasalahan ini
•
SHAKIR on February 11th, 2008
Memang celaka dan siot….aku baru je kena tadi,smlm ada no 6281510504211 mesej aku,ini bunyi mesejnye:
Pengumuman dari PETRONAS MAS,
TAHNIAH! SimCard and bertuah meme-nangi undian hadiah cek RM.14000.Sila hubungi esok pagi 006281586562567 terim kasih.
So baru sejam lepas aku call no tu,dia cakap kena ada baki akaun RM1000 dalam akaun,so aku pun dah pkir nak masukkan semua duit dalam akaun lain dalam akaun bank CIMB aku..Pastu bila dah masuk dia suruh call dia..Aku pun takutla kena tipu,so aku cakap aku dah ada baki akaun RM1000 dlm akaun,dia suruh pegi dekat mesin ATM..pastu tekan smthing…So bile dia tanye ape yg tertulis kat skrin,terkantoila aku cuz aku memang takde kt depn mesin ATM pun..pastu aku tanye betul ke dr petronas?dia cakap dia memang dari PEtronas tgkat 3..pastu aku tanye lagi,apsal cakap macam indonesia?dia cakap dia dari sarawak..pstu bile aku tanye name..dia terus letak phone..
Aku pun search internet dan jumpa komen ni…
pergh!!!nasib baik aku tak tertipu…kalu tak habisla duit aku…penat aku kumpul..celaka punya indon..nak buat jahat pegi balik negara sendirila..
•
sham on February 29th, 2008
aku baru dpt sms pemenang hadiah celcom rm.10.000
aku cal..memang suara indon..hj ismail sulaiman….mintak no akaun, no kat ATM kad…hahahaha..mangkuk la indon ni…
• zul on April 2nd, 2008
aku pun ade terime sms mcm ini….. bila call dengar suara indon… bila masa plak ade indon keje kat petronas klcc… aku ckp no akaun xde skrg…lpas tu tputus talian… nasib baiklh aku surf internet utk cari maklumat psl sms ini betul ke idak….
• azureee on April 15th, 2008
Baru terima sms yg sama tadi….OOOOiiii nasib yg tergoda…memang indon pun.. bila ditanya ckp dari Sarawak.. bila surf internet.. terbaca cerita yg sama.. Uuuuii bersyukur panjang tak berlibat.. tapi macam mane kita nak detact mereka ini call dari mane.kalu dpt tahu.biar polis tangkap lanun2 ni.. senang2 amik duit org…
• fne_khairul on April 28th, 2008
Nasib baik…aku surf kat internet kalu tak terkena la jawabnya. Baru sebentar tadi aku dapat msg Bonus Cek bertuah RM 15,000.00 dari Petronas. Kemudian suruh dail 006281384347777 untuk tuntut hadiah. Bila aku call, mamat tu cakap call la besuk… tapi suara dia pelik juga macam slang indon… so aku pun surf internet…
TQ