Anda ada lebih kurang 10 saat sahaja yang tinggal. Jantung anda akan mula berhenti dan anda akan rebah tidak sedarkan diri. Anda perlu lakukkan sesuatu sekarang. Tapi apa yang perlu anda lakukkan?
Batuk!.. Ya batuk.
Mulakan batuk secara berulang kali dan bertenaga. Tarik nafas sedalam yang mungkin, kemudian batuk… Batuk seperti yang anda lakukan untuk mengeluarkan kahak. Lakukan berulang kali tanpa berputus asa sehingga bantuan tiba atau degupan jantung kembali pulih. Batuklah walaupun sehingga ia menyakitkan.
Sekarang masa anda untuk membuat keputusan. Secepat mana anda boleh mendapatkan bantuan perubatan atau CPR.
1) Buat panggilan kecemasan semasa batuk.
2) Jerit minta bantuan jika ada sesiapa tahu tentang CPR.
Nafas yang panjang akan membekalkan oksigen ke dalam paru-paru, sementara gerakan batuk pula akan memberi tek ana n kepada jantung untuk tetap mengepam darah. Kadangkala cara ini dapat memulihkan serangan jantung dan membuatkan ia berdegup seperti rentak asal semula.
Satu kes yang dilaporkan, dengan mengaplikasi cara ini, seorang mangsa telah berjaya memandu selama 5 minit untuk mendapatkan bantuan. Ia adalah masa yang amat berharga, jadi lakukan sesuatu. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri.
Pelajarilah CPR dan anda mungkin menjadi salah seorang yang dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Ia akan memberikan anda satu kepuasan yang tiada nilainya. CPR adalah mudah dan hampir semua orang boleh mempelajarinya.
Pelajarilah CPR dan lakukan dengan selamat dan berkesan.
0 ulasan:
Catat Ulasan