Memaparkan catatan dengan label Handphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handphone. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

Berhati-hati Dengan Teknologi

Posted by AbiYusouf 5:45 PTG, under , | No comments


ISUHANGAT.NET. Memang tidak dinafikan ia telah menjadi kewajipan hampir setiap orang tetapi berhati-hati dengan teknologi.

1. TELEFON BIMBITSeorang wanita kehilangan handbag yang mengandungi handphone,kad kredit,beg duit dan sebagainya. Lima belas minit kemudian dia menelefon suaminya. Suaminya berkata “Abang menerima sms dari awak yang meminta no pin kad bank, dan saya baru sahaja membalasnya”.

Kemudian dia terus ke bank untuk ‘block’ kadnya tetapi terlambat kerana wangnya telah di ‘withdraw’ pencuri tersebut.

Pengajaran dari cerita di atas:

1. Jangan menerangkan hubungan di dalam contact list. Elakkan menggunakan nama Home, Abang Sayang, Honey, Sweetheart, Mak, Abah dan sebagainya.

2. Jika mendapat SMS yang bertanyakan pasal sekuriti, sila confirmkan semula.

3. Lagi jika anda menerima SMS family, kawan-kawan, orang tersayang yang mengajak anda keluar, berjumpa di mana-mana, juga confirmkan semula.

2. GPS
Sekeluarga sedang menonton perlawanan bolasepak di stadium apabila kereta mereka dipecahkan oleh perompak. Di dalam kereta tersebut terdapat GPS, remote pagar rumah, kunci rumah dan sebagainya.

Apabila pencuri tersebut menjumpai rumah mereka, mereka merompak pula rumah mereka dan semua barangan berharga habis dikebas.

Pengajaran dari cerita di atas:

Pencuri tersebut menggunakan GPS untuk mencari rumah mereka. Pencuri tersebut menggunakan remote pagar rumah dan kunci untuk mereka menyamun bersih rumah mereka pula kerana pencuri tersebut tahu mangsa sedang menonton perlawanan bolasepak dan mereka mempunyai banyak masa.

So jika korang menggunakan GPS jangan letakkan alamat ruamah didalamnya. Letakkan alamat yang berdekatan spt stesyen minyak,kedai dan sebagainya. Jadi anda boleh mencari rumah anda (jika perlu) dan pencuri tidak tahu di mana rumah anda.

3. PERBANKAN INTERNETSeorang yang membayar bil secara online dan mencetaknya kemudian ditinggalkan di atas meja. Pada malam itu, rumahnya dirompak dan perompak tersebut itu tahu dia menggunakan perbankan internet selepas menjumpai salinan pembayaran yang dicetak.

Perompak tersebut telah memaksa mangsa memberitahu password perbankan internet dan membuat money transfer pada malam itu juga.

Pengajaran dari cerita di atas:

Jika anda pengguna perbankan internet yang aktif, salinan pembayaran yang anda cetak hendaklah disimpan dalam fail dan disimpan, jangan bersepah-sepah. Anda boleh juga membuat print screen dan menyimpan di fail microsoft word atau dalam bentuk gambar dengan aplikasi Paint.

http://www.facebook.com/media/albums/?id=1047691966#!/media/set/?set=a.2010951627256.118212.1047691966&closeTheater=1

Jumaat, 25 Mac 2011

Perkara Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Telefon Bimbit

Posted by AbiYusouf 7:17 PG, under | No comments


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112..Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini..Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Khamis, 24 Mac 2011

What If You Dropped ur mobile phone in water?

Posted by AbiYusouf 3:54 PTG, under | No comments

Isnin, 21 Mac 2011

Petrol & HandPhone

Posted by AbiYusouf 1:18 PG, under , | No comments