Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi baha n di bawah Akta racun 1952.
Panduan:
Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.
Dan kali ini, dua produk dirampas:
1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.
- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.
- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan baha ya hydroquinone, jadi dicetak baha wa produk ini tiada baha n itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...
Kesan jangkapanjang penggunaan produk mengandungi baha n ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memak ain ya.
Dan nasihat juga dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.
======================================================================
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh.gov.my
sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.
Ops Black Face
HYDROQUINONE- sejenis persediaan baha n kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan baha n kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.
Kesan sampingan hydroquinone
- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- turut menyebabkan kesan sam pingan maut l ain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.
- juga boleh menghalang proses pigmentasi di m ana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
TRETINOIN
- merupakan baha n kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)
kesan sam pingan tretinoin
- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.
==============================================











